Sekolah Kebangsaan Ngee Heng, Sekolah Bersejarah. Sejak kewujudan sekolah ini, sehingga sebelum Tanah Melayu diperintah oleh Jepun, guru-guru besarnya terdiri daripada orang-orang Inggeris. Antara murid-murid yang terkenal yang pernah belajar di sekolah ini adalah :
- Al-Marhum DYMM Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail (Ayahanda Sultan Bagi Negeri Johor Darul Takzim)
- Allahyarham Tun Hussein Bin Onn (Perdana Menteri Malaysia Ke-3)
- Tan Sri Musa Bin Hitam (Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia)
- Dato’ Mohammad Bin Rahmat (Bekas Menteri Penerangan Malaysia)
- Allahyarham Dato’ Haji Yunus Bin Sulaiman (Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor)
- Profesor Di Raja Ungku Abd. Aziz Bin Abd. Majid (Naib Canselor Universiti Malaya)