Falsafah Sekolah
Bahawasanya murid-murid Sekolah Kebangsaan Ngee Heng, Johor Bahru mempunyai kebolehan, pengalaman dan keupayaan untuk terus maju dan meningkat dari segi fizikal dan mental. Kakitangan akademik berkeupayaan serta memiliki pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat, kepercayaan dan keyakinan untuk memimpin dan memberi pendidikan yang sempurna bagi memajukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Sekolah ini juga berkeupayaan menyediakan kemudahan fizikal, material dan tenaga pengajar dengan memikul tanggungjawab bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi memenuhi cita-cita pendidikan.
Matlamat Sekolah
Untuk melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berguna pada masa hadapan, bukan sahaja terpelajar, bahkan mempunyai sahsiah yang baik di segenap lapangan, bertanggungjawab, berdikari, kreatif dan inovatif, berakhlak mulia, berminat mencari ilmu pengetahuan untuk kemajuan, penyayang dan seterusnya sedia berkhidmat untuk bangsa dan negara.
Visi Sekolah
SK Ngee Heng Johor Bahru menjadi sekolah cemerlang akademik bagi Zon Bandar.
Misi Sekolah
- Berusaha memperkembangkan potensi pelajar dalam bidang akademik dan kurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
- Menyediakan perkhidmatan pendidikan berkualiti.
- Menyediakan iklim pendidikan yang baik.
Objektif Sekolah
- Supaya pencapaian pengajaran dan pembelajaran ke arah aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan berhasil.
- Membentuk murid-murid sebagai warganegara yang mempunyai sikap gemar membaca, menulis dan mengira.
- Memperkukuhkan semangat dan keilmuan agama.
- Membina kesuburan perkembangan mental dan fizikal.