SKNH Raih 3 Emas, 2 Gangsa Di Kejohanan Olahraga MSS Zon Bandar 2020

SK Ngee Heng berada di kedudukan yang cemerlang apabila tiga atlit sekolah berjaya membawa pulang tiga pingat Emas dan dua Gangsa dalam Kejohanan Olahraga MSS Zon Bandar Tahun 2020.
Kejohanan ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 Februari 2020 untuk acara padang di SJK (C) Foon Yew 2 dan 16 Februari 2020 untuk acara balapan di Educity Sports Complex, Nusajaya.
3 pingat emas telah diraih oleh atlet sekolah ini. Ketiga-tiga pingat emas tersebut berjaya diraih oleh adik Noor Hathijah dalam acara Lari Pecut 100m (P12), Lari Pecut 200m (P12) dan Lompat Jauh (P12).
1 pingat gangsa telah diraih oleh adik Tengku Farisha Dyana dalam acara 80m Lari Berpagar (P12), manakala 1 lagi pingat gangsa telah diraih oleh adik Muhamad Daniel Faez dalam acara Lontar Peluru (L12).
Jom saksikan gambar-gambar atlit sekolah ini bersama-sama jurulatih dan guru pengiring sekitar kejohanan Olahraga MSS Zon Bandar 2020.