Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50 telah pun diadakan pada 24 Februari 2019 bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang.

Pada jam 11.00 pagi, semua jawatankuasa telah sedia menunggu ketibaan ibu bapa untuk pendaftaran. Setelah ramai ibu bapa yang hadir, mesyuarat bermula pada jam 12.00 tengahari.

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa, ucapan dari YDP PIBG, En. Faudleen Hamidy dan ucapan dari Guru Besar, En. Souib Bin Hamat.

Pada jam 12.45 tengahari, mesyuarat agung bermula seperti biasa dengan membentangkan dan mengesahkan minit, membahas usul, laporan dan sebagainya.

Jom saksikan gambar-gambar sekitar Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-50.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *