Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Bagi Tahun 2018 telah pun diadakan pada 24 Februari 2019 bermula jam 1.30 petang hingga 4.00 petang.
Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Cheo Yee How, Ahli DUN Kawasan Perling. Majlis turut dihadiri oleh tetamu VIP dari PPD.

Sebaik sahaja ketibaan YB pada jam 2.00 petang, majlis dimulakan dengan persembahan silat, nyanyian lagu Bangsa Johor dan persembahan koir dari murid-murid.

Setelah bacaan doa, Guru Besar, En. Souib Bin Hamat memberikan ucapan aluan-aluan. YDP PIBG, En. Faudleen Hamidy turut sama diberi peluang mengucapkan sepatah dua kata untuk menyerikan majlis ini.
Majlis diteruskan dengan ucapan dari YB Tuan Cheo Yee How untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid ini dan Program Ziarah Cakna yang turut sama akan dijalankan kelak.


Setelah selesai perasmian, majlis diserikan dengan persembahan perkusi dari murid-murid.

Pada jam 2.50 petang, penyampaian Anugerah Kecemerlangan untuk murid-murid bermula.
Jom kita saksikan gambar-gambar penyampaian Sijil Penghargaan untuk AJK PIBG 2018/2019.
Jamuan VVIP
