Pertemuan Untuk Perpisahan

Pada hari khamis, 22 November 2018, sekolah telah mengadakan pertemuan di antara empat orang guru yang akan berpindah dengan warga sekolah. Guru-guru yang akan berpindah adalah Cikgu Haryati, Cikgu Najah, Cikgu Bainah dan Cikgu Fauziana.
Mereka telah memberikan kata-kata ucapan serta memohon maaf kepada murid-murid dan rakan-rakan guru sekiranya telah melakukan kesalahan dan kesilapan selama bertugas di sekolah ini.
Semoga Cikgu Haryati, Cikgu Najah, Cikgu Bainah dan Cikgu Fauziana kekal cemerlang di tempat baharu. Kami di sini doakan kebaikan dan kejayaan di dunia dan akhirat.
Guru yang akan berpindah, lihat gambar di atas. Dari kiri : Cikgu Yati, Cikgu Najah, Cikgu Bainah dan Cikgu Fauziana.
Gambar di atas : Guru Besar, En. Souib Bin Hamat memberikan ucapan sebelum guru-guru yang berpindah memberikan ucapan perpisahan.
Gambar di atas : Cikgu Najah memberikan kata-kata ucapan.
Gambar di atas : Cikgu Bainah memberikan kata-kata ucapan.
Gambar di atas : Cikgu Fauziana memberikan kata-kata ucapan.
Gambar di atas : Murid-murid bersalaman dengan guru yang akan berpindah.
Gambar di atas : Guru yang akan berpindah bergambar dengan rakan-rakan guru, pengawal keselamatan dan murid.
Gambar di atas : Guru yang akan berpindah bergambar dengan murid.
Gambar di atas : Guru yang akan berpindah bergambar dengan Cikgu Aishah (Tengah) dan Pak Mail (Belakang).